Tuesday, 1 April 2014

Jatuh Pabila Ujian Menimpa ? ? ?


Jatuh ? ? ?
Tema yang sangat umum,
Diri sendiri tidak tahu bermadah apa,
Minda kosong tiada mahu cetuskan idea,
Disebabkan tugasan yang diberi oleh Sir Azzwan yang manis bicaranya,
Ku redah saja cerita - cerita yang mungkin tiada kena mengena,
Tapi ! ! !
Hayatilah bait - bait kata dariku sebagai ilmu buatmu,
Sebelum ku pergi menghadap Pencipta Sekalian Alam,
Ku mahu terbitkan sebuah karya berlandaskan agama buat
sedara sekalian,
Itu cita - cita yang ku genggam erat sehingga ku kecapinya.
~ In Shaa Allah ~






Hidup ini adakalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Hanya kerana kehendak hati dan impian akal saling bergelutan ! ! ! Tidak cukup dengan itu, kehendak hati dengan takdir ALLAH SWT yang cukup baik juga hebat bersaing. Akhirnya yang menang adalah ketetapan takdir - Nya yang sudah tetulis di luh mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan ? ? ?

Disebabkan itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai (JATUH laaa katakan). Tidak mampu berdiri kerana gagal menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras tentang apa yang terjadi. Perbuatan sedemikian hanya mengundang kerugian untuk diri sendiri.

Orang Islam tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan permainan dunia yang mengusik kehidupan. Meskipun adakalanya usikan itu sangat radikal serta mampu membuatkan jiwa mati bagi yang gagal mengawal hati dan perasaan untuk diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi tanpa jatuh ke
muka bumi ? 

Akan ku rungkaikan satu demi satu buatmu saudaraku ! ! !




Duduk Sebentar Berfikir

Suatu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan
yang menimpa ?

Ada sesetengah orang sekejap sahaja dapat memujuk hati yang sedang berduka atas ujian ALLAH SWT. Setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih sayang DIA.

Saya suka memetik kata - kata mama kesayangan saya,

"Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Cubaan daripada ALLAH SWT itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAH SWT jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi."

Besar makna kata - kata mama pujaan hatiku.

Sahabat, apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak - banyak. Luahkan segalanya pada DIA. Mohonlah keredhaan daripada - Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri dan keluarga.

Kadang - kadang, DIA menegur kita melalui ujian yang sedang dihadapi.

Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah air mata merembes membasahi pipi.
Air mata itu ALLAH SWT cipta ada tujuannya. Kadangkala melepaskan yang terkurung di jiwa melalui air mata boleh meredakan hati yang sedang berduka.
MasyaAllah, ALLAH SWT memang Maha Hebat ! ! !
Tiada satu ciptaan - Nya pun yang sia - sia.

Dalam masa duduk - duduk itu, mari sama - sama koreksi diri. Bertanya apa sebenarnya yang telah kita lakukan sehingga DIA ingin menegur ? ? ?
Dalam keadaan begini, banyak - banyakkan memujuk hati agar bersangka baik
sangat - sangat kepada DIA.

Jangan biarkan syaitan berjaya menguasai hati yang sedang suram . . .




Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

"Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya."

Dialog ini tiada maknanya andai kita tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAH SWT. Tidak cukup dengan hanya mengatakan kita pasrah tanpa mendekatkan diri
kepada - Nya. Jika mengungkapkan ayat - ayat seperti ini dan keadaan kita pula seperti itu, maka saya turut bersedih.
Kita sebenarnya telah berputus asa dengan - Nya.

Islam itu sangat cantik ! ! !

ALLAH SWT menguji kita, namun DIA sudah siapkan segala - galanya. Ibarat, DIA melepaskan kita dengan bekalan dan DIA juga akan menguji kita. DIA mahu lihat, adakah kita bijak menggunakan bekalan yang DIA berikan itu atau tidak.

Apa bekalannya ? ? ? Nasikah ? ? ? Bukan ! ! Bekalan Ilmu ! ! !

Lihat ya sahabat. Jika kita sering membaca Al - Quran dan sentiasa berdamping dengannya, In Shaa Allah kita akan perasan terlalu banyak doa yang mahsyur di dalamnya. Doa para Nabi, Rasul serta orang soleh terdahulu di mana ia menjadi panduan untuk kita memohon pada - Nya.

Kamu sedang bersedih ? ? ? Nah, hayati ayat ini dan boleh amalkannya,
In Shaa Allah.

"Ya TUHANku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat - MU yang telah ENGKAU limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar kau dapat berbuat kebajikan yang ENGKAU redhai, dan berikanlah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada - MU dan sungguh, aku termasuk orang Muslim." - al Ahqaf : 15

Lalu, bukanlah sepatutnya kita bersiap - siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka ? ?
Bukankah DIA telah berjanji di dalam Al - Quran bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan ? ? ?

"Bukankah KAMI telah melapangkan dadamu? Dan KAMI pun telah menurunkan beban daripadamu yang memberatkan punggungmu. Dan KAMI tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka, sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Maka, apabila kamu telah selesai (daripada suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada TUHANmulah kamu berharap." - al Insyirah : 1-8

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu juga tidak kekal lama?
Perlukah kita berputus asa? Tidak ! ! Yang penting kita kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman di bibir sesama kita . . . :)





Ujian Datang Untuk Membersihkan Kita

Sebenarnya, ALLAH SWT bersama kita pada setiap masa. Saat kita lapang dan ditimpa ujian yang DIA datangkan. Ujian itu pula tidak sepatutnya kita lihat sebagai 'seksaan' semata - mata kerana ia sebenarnya adalah kasih sayang daripada - Nya.

Dalam pada masa diuji itu, DIA cuba memberi kebaikan atau pun pahala
kepada kita.
Habis, kenapa DIA uji kalau nak bagi pahala ? ? ?

Jawapan saya, kerana DIA sayang pada kita ! ! !

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda: "Siapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya DIA mengujinya." - HR. Bukhari

Lihat ? ? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih sayang dan kebaikan. DIA bukan hanya ingin memberi kebaikan, malah mahu menghapuskan dosa - dosa yang kita lakukan selama ini.
In Shaa Allah, belajarlah untuk menerima seadanya ujian itu.

Daripada Abu Said al - Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: "Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malah kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa - dosanya." 
- HR Bukhari & Muslim -

Subhanallah ! Subhanallah! Subhanallah!

Tidak berbunga - bungakah hati jika ALLAH SWT mahu menghapuskan dosa - dosa kita ?

Tanyalah diri ! ! !




Mencari Hikmah Di Sebalik Ujian

Hikmah di sebalik ujian? In Shaa Allah, kita sendiri akan merasainya. Sama ada kita menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLAH SWT, maka kita sebenarnya bersoal jawab dengan diri sendiri di dalam
pengawasan - Nya.

Ada ujian yang menginsafkan, lalu menjadikan kita seorang hamba dan manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Ada ujian yang membuatkan kita semakin jauh, lalu menjadi manusia yang hilang arah tuju tidak mahu membuka minda dan hati.

Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas - luasnya apabila bersoal jawab dengan - Nya kerana cahaya tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat.

Sahabat, saya mahu cakap sesuatu . . . . . . . . . . . . . . .

"Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang yang hebat
pada pandangan - Nya !"

Mahu hebat pada pandangan ALLAH SWT ? ? ? Maka, mari menjadi seorang hamba - Nya yang sentiasa kuat, kuat dan kuat dalam keimanan.
Orang Islam tidak pernah mengalah ! ! ! Tidak Pernah ! ! !

Jatuh tersungkur tanpa bangkit kembali itu hanya untuk insan - insan
yang dalam kerugian . . . Mahukah kamu hidup dalam kerugian ? ? ?

Jom ! Mari sama - sama jadi kuat ! ! !

No comments:

Post a Comment