Monday, 31 March 2014

Payung Amanah . . .



Dengan azam bertekad hati berdoa,
Santun beradat pada setiap langkah,
Kehidupan dirancang sedamai Qalbu,
Mengalirkan hikmah ke amanah syahdu,

Melihat pelangi mesra dan rintik mega,
Menghias desa dan kota bercitra,
Mercuplah benih budi cinta terindah,
Menyuburi pepohon khidmat amanah,

Dengan saraan sihat dana berimbang,
Dalam dakapan iklim sekudur sayang,
Arah bahagia nadi kehidupan,
Mengiring keluarga ke kebahagiaan,

Dan pada siang rindu dan malam kasih,
Ukiran termolek amanah yang bersih,
Dan dengan kepintaran menangani modal,
Masa depan pewaris ranum berbekal,

Kunci budi yang teguh pembuka gerbang,
Tekad murni yang kukuh penyeri jinjang,
Begitu disandingkan segirang hati,
Hayat warisan berlimpahan rezeki,

Permata ilmu bagi para remaja,
Bakti insani bagi golongan tua,
Dengan lenggok adab sangat akrab,
Dunia dan akhirat sama didakap,

Memupuk bunga citra semakin wangi,
Landas dan langkah yang visinya sejati,
Dana telus diurus tangan berhemah,
Memayungi rakyat dengan amanahnya.






Hari yang begitu indah ini,
Ku layari dengan penuh bahagia,
Suka duka bersama teman di bilik kuliah yang ceria,
Ku menelaah ilmu yang diberi oleh si cantik jelita,
Tanpa ku sedari masa mencemburui hidupku,
Ku jejakkan kaki ke luar pintu keramat,
Melihat awan berorak mendung kelabu,
Tiba - tiba tanpa ku sangka,
Hujan jatuh ke muka dunia,
Bagaikan mutiara yang gugur dari langit Pencipta,
Ku seperti terkesima sementara,
Duduk termenung di jendela menghayati panorama semesta,
Sungguh tenang jiwaku walau diulit rindu kasih mama.





Aku terjaga dari buaian indah Yang Maha Kuasa,
Hujan masih membasahi muka bumi tanpa lelah,
Aku mula menuruti anak tangga ke tingkat tiga,
Menuju ke bilik di hujung dunia,
Sungguh tidak asing lagi bilik itu padaku,
 Ya ! ! !
Memang tidak asing ! ! !
Pemiliknya sungguh kacak lagi bergaya,
Orangnya baik peramah tak ingat dunia,
Kata - katanya pasti ku amat setuju sekali,
Kerana fakta yang beliau beri,
Bersertakan isi yang mampat tanpa ku ragui.






Buku ku pinta malah payung diberi,
Ilmu ku mahu tapi penyelamat yang ku perolehi,
Inilah dia PAYUNG AMANAH dari insan yang baik hati,
Walau diri sudah dibasahi mutiara timpa ke bumi,
Tapi penyelamat ini mampu menutupi harta berharga buatku,
Tangan ku kuatkan tangani angin kencang dari meragut
amanah dariku,
Kentalkan diri berjalan kaki sehingga ke kolej idaman hati,
Penat lelah ku lalui segala tanpa bicara.







Felda di hati selamanya . . .


No comments:

Post a Comment