HATI ! ! !
Memang susah menjaga hati. Padahal fitrahnya memang suci.
Tapi, seiring peningkatan usia, maka sedikit demi sedikit hati dihinggapi pelbagai penyakit
yang kadangkala empunya jasad sendiri pun tidak menyedari.
Penyakit hati itu halus.
Hanya akan disedari apabila ia sudah tenat.
Hati Oh Hati ! ! !
Kitalah yang bertanggungjawab ke atasnya.
DIA memberikan hati kepada kita sesuai dengan fitrahnya yang suci dan sukakan kebaikan.
Maka, kita jugalah yang menanggung akibat apabila mengotorinya.
Maka, berhati - hatilah dengan hati ! ! !
Seperti mana jendela, cahaya matahari hanya akan masuk ke sebuah rumah apabila ia dibuka luas.
Cahaya itu akan membawa kesegarannya sekali.
Tetapi, jika jendela - jendela tertutup rapat, bagaimana sinar mentari boleh menyusupkan cahayanya?
Begitu juga hati.
Cahaya hanya akan masuk apabila kita bersedia membuka hati.
Menjaga hati itu tidak semestinya dengan menutup pintunya.
Pintu hati ini mesti selalu terbuka luas.
Tetapi, itu tidak bermakna tuan badan membiarkan sahaja ia diserang
dengan penyakit - penyakit hati.
Saya teringat masa kecil - kecil dahulu. Lima minit loceng kelas berbunyi sebelum memulakan pelajaran, ustazah akan mengajar kami semua berzikir. Saya masih ingat, seorang rakan sekelas pernah bertanya,
"Ustazah, kenapa orang mesti berzikir?"
"Sebab sayang hati. Kalau sayang, kita kena jaga hati dengan berzikir."
Ah . . . Kenangan yang comel ! ! !
Ada perbezaan antara manusia yang selalu berzikir dengan yang jarang berzikir.
Perbezaan ini boleh jadi pada:
Perwatakan mereka,
Air muka mereka,
Senyuman mereka,
dan Redup mata mereka.
Hakikatnya, penglihatan kita terhadap manusia yang selalu berzikir itu disinari
dengan cahaya Ilahi. In Sha ALLAH . . .
Mereka itu boleh jadi kamu yang sedang membaca ini.
Sebetulnya, saya cemburu pada kamu.
Moga kamu disayangi ALLAH S.W.T . . .
Jangan Kotori Hati ! ! !
Macam mana hati boleh kotor sebenarnya ? ? ?
Kamu ada jawapannya ? ? ?
Senang saja.
Hanya dengan bersangka - sangka pun hati boleh menjadi kotor.
Apatah lagi apabila bersangka buruk dengan orang lain.
Maka, Kotorlah HATI ! ! !
Macam mana pula nak jaga hati ? ? ?
Lihatlah hati dan diri kita itu pada orang lain.
Dapat ? ? ?
Sentiasalah mengisi hati dengan makanan rohani dan ilmu yang bermanfaat.
Elakkan bersangka - sangka dan mentafsir diri orang lain.
Jika hati terdetik mahu memfitnah orang lain,
maka cepat - cepatlah beristighfar.
Isilah sangka - sangka itu dengan istighfar . . .
Angkatan - angkatan syaitan juga sentiasa mengintai
untuk memasukkan penyakit ke hati yang sedang terbuka luas.
Jika gagal,
maka makhluk - makhluk ini akan mencuba dan terus mencuba
kaedah baru yang lebih kuat serta dahsyat.
Maka, bila syaitan berjaya,
penyakit itu dapat mengaburi hati dan pandangan mata.
Kesannya,
bila seseorang berbuat kebaikan @ sopan tingkah lakunya,
manusia lain akan berasa mual dan menyampah.
Selepas itu,
mulalah membuat tafsiran sendiri bahawa orang tersebut hanya hipokrit semata.
Nah, jelikkan perangai seperti ini ? ? ?
Hakikatnya,
hati itu akan tertutup sedikit demi sedikit kerana perbuatan kita sendiri.
BELIEVE ME . . .
Jangan pernah salahkan takdir atas apa yang yang menimpa diri.
Tapi,
muhasabah kembali atas apa yang berlaku.
Mesti banyak yang kita terlepas pandang.
Jika kita tidak mahu hati menjadi kotor dan jasad bertukar angkuh,
maka JAGALAH HATI ! ! !
Jagalah dengan penuh kasih dan sayang.
Jika tidak mampu menjaga sebaiknya,
elakkanlah perkara - perkara yang boleh merosakkan hati.
Hati itu raja bagi semua anggota.
Jika rosak raja,
maka rosaklah kerajaannya.
Masa itu, tiadalah yang salah melainkan jasad yang membawa hati itu.
Penjagaan hati itu sangat seni.
Halus !
Kita beriman bahawa hati itu wujud walaupun kita tidak dapat melihatnya.
Kita beriman bahawa apabila hati itu baik,
maka baiklah jasad yang menampungnya.
Maka, tunaikanlah hak hati dengan cahaya yang betul ! ! !
Hati Yang Kegelapan . . .
Malam tadi, saya berjalan - jalan di alam maya, tiba - tiba lampu seluruh rumah terpadam. Adik yang berada di bilik sebelah terjerit kecil melepas keluhan. Saya yang ketika itu menaip sesuatu, kekal dalam posisi tersebut untuk beberapa minit.
Kalimah yang keluar dari bibir saya, "Gelapnya . . . "
Dalam keadaan itu juga saya terfikir, beginikah kegelapan hati yang tiada cahaya
ketaatan kepada ALLAH SWT ? ? ?
Gelap. Hilang arah. Tidak kehilangan matlamat. Teraba - raba dalam dunia sendiri . . .
Begitulah hati yang dicahayai kemaksiatan.
Gelap.
Tenggelam dalam kenikmatan maksiat yang hanya sesaat,
tetapi hati resah sepanjang masa.
Hati itu raja bagi seluruh tubuh.
Jika hati tiada cahaya,
maka sudah semestinya anggota kerajaan badannya turut sama
berada di dalam kegelapan.
Segala tingkah laku dilakukan sewenang - wenangnya,
sesedap rasa . . .
Tidak memikirkan samada yang dibuat itu salah atau betul.
Apa yang terfikir, lakukan sahaja ! ! !
Atau mungkin kadangkala terfikir, tetapi tidak menghiraukannya.
Apabila hari sudah gelap,
hatta jika disinari dengan cahaya dari lampu yang berkuasa tinggi pun,
maka ia akan tetap kegelapan jika empunya hati masih enggan berubah dan
mengambil langkah pertama untuk keluar daripada keadaan itu.
Kegelapan hati akan terzahir melalui tingkah laku dan hakikatnya,
ia memang disedari serta dirasai.
Seperti mana kita resah berada di dalam kegelapan kerana tidak mempunyai cahay sedikit pun,
maka begitulah sepatutnya hati secara fizikalnya.
Sangat meresah dan merisaukan ! ! !
Simbahkan Hati Dengan Cahaya Ketaatan . . .
Senangkah kamu mengerjakan ketaatan yang telah diperintahkan oleh
ALLAH SWT ? ? ?
Jawapan saya, Tidak ! ! !
Untuk melakukan suruhan ALLAH SWT, itu perlu mujahadah. Perlu ada kekuatan dalaman untuk memaksa diri melakukannya. Betapa senang hati dihasut oleh bujukan syaitan.
Ketaatan = Cahaya
Kemaksiatan = Kegelapan
Nampak perbezaannya ? ? ?
Kekuatan dan tenaga untuk melawan nafsu jahat serta memaksa diri melakukan ketaatan itu datangnya daripada ALLAH SWT, kudrat kita milik DIA. Maka, mintalah lebih dari DIA agar memberi kekuatan kepada kita menyempurnakan apa yang telah ditetapkan - Nya.
Maha Suci ALLAH SWT daripada sifat yang zalim!
Dalam hidup ini, terlalu banyak bonus yang DIA berikan kepada hamba - Nya. Jika sebelum ini kita mensia -siakan amalan yang pada penglihatan kita remeh, maka sedarlah DIA tidak mencipta atau menyuruh sesuatu kebaikan kecuali ada hikmah serta pahala yang sangat besar di sebaliknya.
Orang yang selalu taat akam mempamerkan cahaya ketaatannya secara
semula jadi,
baik perlakuan, pertuturan dan akhlaknya sesama manusia.
Selalunya, apabila berhadapan dengan peluang yang ada cuma sekali,
dia akan berhabis - habisan untuknya.
Jadi, mengapa tidak semangat itu diaplikasikan dalam hidup ini yang
hanya sekali sahaja ? ? ?
Saya suka membaca bait - bait kata Ibnu Abbas r.a ini:
"Kebaikan menyebabkan sinaran putih pada wajah,
cahaya di dalam hati, keluasan dan kelapangan di dalam rezeki,
kekuatan pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain.
Sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman
pada wajah, kegelapan di dalam hati, kelemahan pada badan,
kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain."
Sangat indah berimaginasi tentang cahaya - cahaya Syurga, kan ? ? ?
Itu belum lagi kita membayangkan keindahan dalam Syurga . . .
Maka, seharusya kita berusaha keras menyinari hati dengan
cahaya - cahaya ketaatan kepada - Nya . . .
Bangga menjadi muslim ? ? ? Buktikan ! ! !
Pssst! Bawa saya bersama boleh ? ? ?
MARI KITA SAMA - SAMA MUHASABAH DIRI DAN RENOVATE HATI ! !
BUAT YANG ALLAH SUKA DAN TINGGAL APA YANG DIA MURKA . .
PASTI HATI KITA TENANG SENTIASA . . .
PERCAYALAH ! ! !