Kekuatan sebenar kita
adalah dengan kembali kepada ALLAH.
Tetapi kita selalu meninggalkan - Nya.
Bila kita meninggalkan - Nya,
maka melemahkan diri kita.
Jiwa lemah, mudah terjebak penyakit,
umpama badan yang lemah antibodi
sangat mudah dijangkiti penyakit.
Hidup kita sentiasa dihitung,
maka apa yang kita isi di dalamnya ? ? ?
Tiba sahaja tarikh hari lahir, pasti ada sahabat yang akan mengucapkan tahniah kepada kita. Tidak kiralah apa jua bahasanya. Lebih - lebih pula jika kita bersahabat dengan pelbagai rumpun bangsa.
"Selamat Hari Lahir, Semoga panjang umur!"
"Sanah Helwah!"
"Happy Birthday! May ALLAH bless you."
Hakikatnya, kian bertambah umur kita, kita bukan bergerak semakin muda. Tetapi bergerak menuju tua. Perjalanan menuju kematian, bermula sejak kita dilahirkan. Bertambah umur, bermakna semakin dekat minit - minit kehidupan kita dengan kematian.
Meningkat hari - hari dalam kehidupan, bermakna semakin berkurangnya jarak antara kita dengan kematian. Sudah tidak begitu jauh.
Minit - minit Dalam Hidup . . .
Bayangkan hidup kita selama lebih kurang 60 tahun,
60 X 12 bulan = 720 bulan
720 bulan X 30 hari = 21600 hari
21600 hari X 60 minit = 1296000 minit
Berapa minit semuanya yang kita miliki dalam kehidupan ? ? ?
Banyak lagi minit yang berbaki ? ? ?
Namun begitu, pada setiap minit itu, adakah menyumbang saham untuk kita
semakin dekat dengan jalan ke Syurga mahupun sebaliknya ? ? ?
Tepuk Dada, Tanya Iman ! ! !
Kontrak Semakin Tamat ! ! !
Aku rasa begitu risau apabila meningkat sahaja usia. Bukannya kerana ketakutan tua, tetapi bimbang memikirkan kontrak hidup yang semakin tamat sedangkan janji - janji yang termeterai di dalamnya banyak yang belum ditunaikan.
Ada orang mungkin bergembira dengan pertambahan usia. Menerima ucapan hari lahir dan hadiah. Tetapi, tidak semudah dan segembira itu sebenarnya.
Bertambah usia, apakah yang telah kita sumbangkan untuk umat ini ? ? ?
Bertambah usia, apakah karya - karya yang telah kita bina untuk akhirat kita ?
Ataupun kita sekadar menghabiskan masa dengan bergembira, berpesta sana sini tanpa ada makna pada kehidupan kita ? ? ?
Orang - orang yang menyedari betapa pendek usia kehidupannya, jelas tentang matlamat yang mahu dicapai, maka peningkatan usia perlu diselarikan dengan peningkatan prestasi diri.
Jika Ini Minit Terakhir Kita ? ? ?
Para sahabat Nabi SAW sangat menjaga setiap langkah mereka. Bimbang jika ada satu sahaja yang bukan kerana ALLAH dan Dia menarik nyawa ketika itu, alangkah ruginya mereka . . .
Dalam satu hadis yang mafhumnya:
Orang yang paling cerdik itu adalah orang yang sentiasa mengingati kematian dan bersedia untuk menghadapinya.
(HR. Ibn Majah dan Abi Dunya)
Kita tidak akan pernah dapat menjangkakan bilakah waktu kematian kita. Muda atau tua, tidak tahu bila kita akan pergi. Namun pastinya, kita akan pergi juga bila dipanggil pulang nanti.
Tinggal bersedia mahupun tidak sahaja.
Bayangkanlah, jika kita tahu sekarang ini adalah minit terakhir, apakah yang akan dilakukan ? ? ?
Adakah kita masih akan leka dan duduk dalam kealpaan ? ? ?
Tidak. . . Sudah pasti tidak ! ! !
Orang yang memiliki harapan dalam hidup, jika sudah tahu ini adalah minit terakhir, maka dia pasti akan lantas bangun berjumpa untuk mohon ampun pada manusia dan bersungguh - sungguh membuat kebaikan. Apa yang sempat buat dalam masa seminit ini, dia akan buat. . .
Biar jika boleh, minit akhir itu benar - benar berakhir ketika sedang melakukan kebaikan.
Marilah Muhasabah Wahai Saudara Islamku. . .


No comments:
Post a Comment