Mengharapkan balasan daripada manusia
atas kebaikan yang telah kita lakukan
seperti pujian, penghargaan dan hadiah
adalah sesuatu yang belum tentu kita akan perolehi.
Sebab itu, bila kita melakukan apa - apa kebaikan,
lakukan kerana mengharapkan redha ALLAH.
Kerana redha ALLAH itu pasti.
Kuat fizikal hasil latihan,
Kuat jiwa hasil keimanan.
Dalam hidup ini, ada masa - masanya kita kuat. Ada masanya kita akan terasa begitu lemah dan tidak berdaya sekali.
Mungkin hari ini kita berhadapan dengan kesenangan, kita rasa kuat. Esok lusa, pabila diuji dengan sedikit kesusahan dan musibah, kita akan rasa seolah - olah begitu lemah sekali.
Kekuatan kita menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan banyak ditentukan oleh kekuatan yang kita miliki dalam diri.
Segagah mana pun tubuh kita, jika jiwa lemah, cabaran yang kecil sudah cukup untuk membuatkan kita rasa kecewa dengan kehidupan.
Disebabkan itu, untuk memiliki jiwa yang kuat, yang tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan, maka jiwa kita itu hendaklah diisi dengan keimanan.
Belajar Daripada Guru Saya . .
Saya ada seorang guru yang sudah tua tetapi jiwanya masih muda. Hakikatnya bukan seorang sahaja guru yang sebegitu, ada beberapa lagi. Tetapi, kali ini saya akan coretkan tentangnya sahaja.
Berapakah umurnya ketika itu ? ? ?
Umurnya sekitar pertengahan 60-an. Namanya Ustaz Adam Danial Bin Haji Kamaruddin. Nama ayah kami sama tapi kami bukan adik - beradik. Beliau sekarang Pengetua di sekolah saya, menggantikan al-Marhum Ustaz Dahlan Mod Zain.
Beliau antara yang banyak mendatangkan inspirasi kepada saya supaya menjadi orang yang kuat dalam hidup. Inspirasi itu bukan datang daripada kata - kata beliau, tetapi contoh - contoh kehidupannya.
Pernah sekali, beliau dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung dan perlu membuat pembedahan di bahagian dada. Dengan umurnya yang sudah tua begitu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukannya.
Doktor ada menyebut bahawa pembedahan tersebut sangat berisiko tambahan lagi bagi orang yang sudah berumur seperti guru saya ini.
Ketika saya menziarahinya usai pembedahan, tidak terlihat pun di wajahnya bayangan kesakitan dan keperitan walaupun hakikatnya memang sakit. Apa yang jelas di wajahnya hanyalah pancaran ketenangan.
Dalam keadaan begitu pun, beliau masih tersenyum kepada orang - orang yang datang menziarahinya. Tidak ada kerisauan atau kesakitan yang tergambar pada wajahnya.
Akibat pembedahan tersebut, beliau telah diminta oleh doktor supaya mengambil cuti dan berehat selam 3 bulan. Tetapi, beliau bukanlah orang yang suka berehat tanpa berbuat apa - apa.
Selepas 2 bulan pembedahannya, beliau datang ke sekolah untuk menjalankan tugas. Itu pun beliau datang dalam keadaan dada masih berbalut dan terbatuk - batuk.
Rasa kasihan pula melihat ustaz. Tetapi beliau tetap dengan kekuatan yang tidak pudar. Bila ditanya, "Ustaz, kenapa ustaz tidak rehat saja di rumah. Kan tidak habis lagi cuti ustaz?"
Apa jawapannya?
"Kalau rehat kat rumah, ana bukan buat apa pun. Tak seronok duduk saja."
Masya - ALLAH, saya kagum mendengar jawapan sebegitu yang datang daripada orang yang sudah uzur seperti beliau, yang sudah sepatutnya boleh duduk berehat sahaja di rumah.
Kekuatan Sebenar Adalah Daripada Keimanan ! !
Dari mana datangnya kekuatan guru saya itu ? ? ?
Sudah berumur, baru lagi lepas pembedahan, belum pun sembuh tetapi begitu bersemangat sekali meneruskan kerjayanya.
Adakah kerana kedudukan dan jawatan yang dipegangnya?
Tidak. Tidak sekali -kali.
Kekuatan itu datang daripada keimanan yang sebenarnya kepada ALLAH. Imanlah yang menggerakkan jiwa untuk membuat sesuatu yang luar biasa.
Ketika orang lain memandang rehat adalah baik baginya, tetapi dia melihat terus bekerja untuk merebut redha ALLAH itu adalah yang lebih baik baginya.
Ketika mana orang memandang ujian dan musibah itu suatu kesusahan, dia melihatnya sebagai batu loncatan untuk semakin dekat dengan ALLAH.
Saat orang lain menghadapi ujian penuh kelemahan kerana meninggalkan ALLAH, dia tetap terus menjalaninya dengan kekuatan kerana sentiasa ada DIA bersamanya.
Kerana dia sentiasa ada ALLAH dalam gerak - gerinya, berjalannya dia dengan ALLAH, makannya di dengan ALLAH, bercakapnya dia dengan ALLAH, dan bila setiap detik dalam kehidupannya, tidak ada stupun yang berlalu melainkan ALLAH sentiasa ada bersamanya.
Maka ketika musibah datang melanda, dia tetap tenang dan kuat menghadapinya.
Perbaiki Keimanan Yang Menjadi Sumber Kekuatan
Perkara yang menjadi sandaran kekuatan kita, bukanlah harta. Bukan juga pada manusia yang ada bersama kita. Satu - satunya sumber kekuatan kita yang utama adalah keimanan kepada ALLAH.
Suatu ketika, banyak negara besar seperti Rom, Parsi dan Palestin dikuasai oleh Islam. Islam mula dibuka di negara - negara ini pada zaman Umar al-Khattab.
Apa yang begitu hebat pada diri Umar al-Khattab sehingga mampu menguasai sehingga begitu banyak negara pada zamannya? Adakah pada harta dan pakaian mewah? Ataupun pada singgahsana hebat seperti raja - raja yang kita lihat sekarang?
Tidak. Sesekali tidak.
Apa yang menjadikan Umar al-Khattab begitu hebat sekali adalah kerana imannya kepada ALLAH.
Beliau seorang khalifah kepada negara - negara Islam yang banyak. Tetapi pakaiannya seperti seorang rakyat biasa. Tidak ada apa yang istimewa. Bahkan, tidak ada pengawal mahupun penjaga menemaninya.
Mengapa ? ? ?
Kerana beliau tahu dengan imannya, ALLAH akan sentiasa menjaga dan memuliakannya.
Dan memang benarlah ALLAH telah memuliakan beliau dengan keadilan pemerintahan dan keluasan pembukaan negara Islam pada zamannya.
Maka, jika kita lemah, kenapa perlu cari kekuatan di tempat - tempat lain ? ? ?
Carilah daripada ALLAH . . .
Perbaikilah iman dan kita akan temukan kekuatan ! ! !




No comments:
Post a Comment