Sunday, 25 May 2014

Terima Kasih Sir Azzwan!



~ Encik Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor ~



Puisi Buat Mu

Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.


Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.


Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.


Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.




Terima kasih Sir ! ! !
Mengajar diri ini yang tidak tahu apa2 tentang aplikasi komputer,
Dan akhirnya mengetahui juga sedikit demi sedikit tentang aplikasi komputer dari insan yang sangat sabar dalam mendidik,
Mungkin dulu diri ini bodoh,
Tapi sekarang boleh dikatakan sudah cerdik dalam bidang IT,
Kerana siapa???
Pastinya kerana seorang pendidik yang terhebat,

Terima kasih juga kerana mengajar kami erti kehidupan yang sebenar,
Mungkin bosan jika kami asyik mendengar dan membuat praktikal tentang apa yang dipelajari selama 3 jam tersebut,
Tapi, kerana cerdiknya seorang pensyarah seperti Sir, 
Pastinya sir tidak akan buat sebegitu rupa,
Jika ia berlaku,
Pasti sahaja diri ini tidur sepanjang waktu,
Secara jujurnya pasti ia berlaku!

Terima kasih kerana memahami kami semua selama 1 semester ini,
Melapangkan masa untuk kami bertanya tentang tugasan yang diberi,
Memberi nasihat yang sangat kami hargai,
Memberi semangat buat kami,
Memberi kami kata-kata peransang dalam mengharungi kehidupan yang banyak liku ini,
Mendengar rintihan dari kami,
Terima kasih untuk semuanya!


Jasamu sebagai seorang pendidik padaku akan ku ingat selamanya!
~ In Shaa ALLAH ~

No comments:

Post a Comment